Halaman

Jumaat, 4 Jun 2010

Sabarlah Cikgu

Di Waktu PagiPergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...Semasa Sesi PengajaranSebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...
Sesudah Habis MengajarSebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

Motivasi Diri ( Apabila diri Malas )

Alhamdulillah bersyukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Sebagai tanda kesyukuran, marilah kita sama-sama muhasabah di mana kita sekarang, apa yang sedang kita lakukan, adakah wajar segala tindak tanduk kita? Di sini saya ingin berkongsi tentang perasaan yang kadang kala hadir dalam diri kita iaitu...MALAS.
Jadi, untuk memulakan perkongsian, suka saya menyebut tentang ayat Allah yang menerangkan sifat orang munafik yang malas bersolat dalam Surah An-Nisa' (4:142):
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
Mungkin dalam keadaan kita sebagai seorang pelajar, konsep malas lebih kepada malas untuk mengulangkaji pelajaran, malas hendak buat tugasan, malas hendak mengemas rumah dan sebagainya. Hakikatnya malas itu PENYAKIT. Ya, penyakit yang boleh menjadi barah dan mungkin sampai tahap terminal.
Sebenarnya, kemampuan untuk berusaha adalah nikmat yang Allah berikan kepada kita, seperti dalam post saya sebelum ini, kita berupaya untuk memilih dan berusaha. Kita menentukan hidup kita sendiri. Allah berfirman dalam Surah Ar-Ra'd (13:11):
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
Berdasarkan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa malas itu juga satu pilihan, sama ada kita hendak terus bermalas-malasan atau untuk menolak perasaan tersebut. Saya mengingatkan diri sendiri juga, kadangakala kita sangat-sangat bermotivasi dan pada masa yang lain jadi hiper malas. Itu ujian sahabatku, hakikatnya masa senang dan lapang juga adalah ujian. Allah menguji sejauh mana kita menggunakan masa itu sebaiknya.
Memetik kata-kata dari buku yang amat saya suka hasil tulisan pendakwah terkenal Indonesia iaitu Aa Gym bertajuk "Ingat Tuhan Sampai Mati":
"Apabila muncul rasa malas beribadah (umum atau khusus), pada masa itu hawa nafsu berupa malas sedang merasuk diri. Justeru segeralah melawan.Kerahlah sepenuh tenaga dan kudrat yang ada. Bangun, dan lawanlah!. Janganlah kita termasuk di kalangan golongan orang-orang munafik kerana kita malas beribadah".

Setelah kita mengetahui bahawa kita mempunyai pilihan untuk jadi rajin dan melawan nafsu malas, maka marilah kita sama-sama lihat bagaimana keluar dari belenggu perasaan negatif ini. Firman Allah dalam Surah As-Saffat (37:61):
Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja.
Ayat di atas menerangkan tentang kejayaan yang paling utama di akhirat iaitu memperoleh syurga hanya akan diberi kepada orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh di dunia. Sebelum dari ayat di atas, Allah menceritakan keadaan orang-orang yang beriman yang bersenang-senang di dalam syurga. Sambungan ayat ini juga Allah menerangkan seksaan bagi orang yang ditempatkan di dalam neraka. Sahabat-sahabatku, Allah menyuruh kita bekerja dan berusaha untuk mendapat kejayaan yang abadi di akhirat nanti.
Di sini saya ingin berkongsi tentang kuasa fikiran kita dalam menggerakkan tindakan kita. Hukum "Law of Attraction" telah diperkenalkan oleh beberapa penulis barat seperti Michael Josier dan Rhonda Byrne. Menurut mereka:
"Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada positif atau negatif, akan datang dalam kehidupan kita"
Apa yang dapat difahami dari hukum yang dicadangkan ini ialah: Kita menarik apa yang ada di sekeliling kita. Maksud tarikan di sini ialah kita menyumbang kepada berlakunya sesuatu perkara pada diri. Anda menguasai diri anda melalui pemikiran anda.

Dalam konteks perasaan malas, saya cadangakan supaya kita boleh memulakan beberapa langkah:
1) Fikirkan secara positif bahawa anda tidak malas dan hendak menjadi rajin.

2) Setiap kali selepas bangun dari tidur, yakinkan diri bahawa anda akan lakukan tugasan-tugasan.
(Contoh: basuh baju, siapkan tugasan...).Anda boleh membuat bayangan minda bahawa anda akan melakukan tugasan itu.
3) Sentiasa cabar diri.
Kadangkala saya gunakan pendekatan ini bila rasa nafsu malas sudah berada di tahap kritikal. Cuba cabar diri sendiri contoh: Kalau kau (nama sendiri) tak siapkan juga tugas ni, maksudnya memang la aku tidak tahu bersyukur, jadi sebagai denda, kurangkan masa 1 jam untuk tengok tv dan tambah sejam lagi untuk siapkan tugas). Ini hanya sebagai contoh, kadangkala manusia boleh jadi terkehadapan dengan cabaran dan tekanan pada diri.
4) Banyakkan muhasabah mengapa kita dibelenggu sifat malas.
Mungkinkah kita banyak melakukan dosa-dosa kecil atau besar hingga Allah tutup hati kita untuk membuat kebaikan? Adakah kita kurang merancang kehidupan hatta untuk sehari pun? Ingatlah setaip dosa menambah satu titik hitam dalam hati kita.
5) Mohon doa yang berpanjangan kepada Allah supaya dijauhkan sifat malas ini.
Seperti salah satu doa yang biasanya dibaca semasa membaca Al-Mathurat (himpunan doa-doa yang digalakkan untuk dibaca pada waktu pagi dan petang) iaitu maksudnya:
"Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"


Jadi, marilah kita sama-sama bergerak dan berubah, bangun dan terus kepada tugasan yang diamanahkan kepada kita. Sebelum terlambat dan sebelum sampai hari di mana kita akan dipertanggungjawabkan tentang nikmat masa, di mana kita gunakan. Ayuh! berubahlah,apabila diri malas,katakan..tidak, aku mahu berubah, ya, berubah kerana Allah, untuk mencapai redha-Nya, InsyaAllah.

Wallahua'alam.

Wajib Menutup Aurat

DALIL SUPAYA BERTUDUNG1. “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan khumur (penutup) mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”(Surah an-Nur: ayat 31)baiklah, dlm ayat ini jlas bhwa ada prntah mnurup aurat kcuali apa yg zahir iaitu bhagian yg dbnarkan.salah satu kaedah usul fekah ialah al-amru yadullu 'alal wajib, yg brmksud kata printah mnunjukkan hukum itu wajib. dlm ayat ini Allah mmrntahkan agr mnutup kcuali apa yg zahir, jd jlas bhwa mnutup anggota (aurat) kcuali apa yg zahir adalah wajib.apakah yg zahir? Hadis riwayat Aisyah RA, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah SAW dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah SAW berpaling darinya dan berkata:"Hai Asma, seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR. Abu Daud dan Baihaqi).brdsarkan hadis ini, apa yg zahir ialah mka dn tpak tgn. jd wajib mnutup smua kcuali mka dn tpak tgn. (mzhab asy-syafi'e)dlm ayat ini jga dsbut istilah khumur iaitu istilah arab yg brmksud penutup atau sesuatu yg mlindungi. dlm zman skarang antara bnda yg bleh dgunakan utk tutup aurat ialah baju dn sluar yg ssuai atau jubah atau bju krung dn tudung untuk bhagian atas (kepala). jd sdah jlas bhawa ini adalah dalil atau bukti pmakaian tudung dlm al-quran.2. dalil strusnya ialah dgn kaedah fekah atau qawa'id fiqhiyyah.brdsarkan kpd ksimpulan di atas, kita smua tahu bhwa wajib mnutup aurat, iaitu smua anggota kcuali mka dn tpak tgn. baiklah, kita fkuskan kpd mnutup bhgian atas iaitu kepala dn dada.scara umumnya qawa'id fiqhiyyah adalah kaedah yg brsfat kulli yg dkluarkan oleh ulama brdsarkan dlil2 yg brsifat juz'i dr al-quran dn hadis. atau lbih mdah ialah kaedah yg diambil dr al-quran dn hadis yg dgunakan utk mnntukan ssuatu hkum trutamanya hkum bg prkra yg tdk dttapkan dlm quran atau hadis.kaedahnya ialah, ma la yatimmul-wajib illa bihi fa huwa wajibun. yg brmksud, skiranya ssuatu yg wajib tdak dpat dlksanakan melainkan dgn adanya satu perkara, maka wajiblah prkara itu.kita sdah tahu bhwa mnutup aurat wajib. jika mnutp aurat (wajib) tdk dpt dlksnakan mlainkan dgn brtdung, mka wajiblah brtdung.jlas d sni wajib brtudung. sbnarnya bleh mnutup aurat dgn ssuatu slain tdung. bleh gna plastik, krtas, besi atau kayu atau apa shja asalkan mnutup aurat.tp adakah ssuai mggunakan bsi atau kayu utk mnutup aurat? jika anda rsa ssuai, silakan. jd, sbaik-baik bhan atau pkaian utk tutup aurat ialah tdung, lgpun itulah yg mnjadi kbiasaan bg kaum wanita.ada lg ayat tmbahan;"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaiannya) bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " [Surah Al-Ahzab:59]BERTUDUNG AJARAN KRISTIAN?skrg kita smua tahu bhwa islam mmrntahkan agar kaum wanita brtudung. kristian juga mnyru agar wanita brtdung? wallahu'alam. skiranya bnar kristian mnyru agr brtdung, apa kaitannya dgn islam?kita patuh krna Allah mmrntahknnya bkan krna kristian atau bible atau ingin mniru mreka. tidak smestinya apabila trdpat prsmaan dlm islam dn kristian brmkna islam mniru kristian atau sbaliknya. itu adalah ajran agama masing2, jika trdapat prsmaa, ia adalah kbtulan.sbgai cth, org yahudi jg brkopiah, adakah islam mniru mreka?dlm kristian ortodok ada amalan brpuasa, adkah islam mniru mreka?tentulah tidak sma skali....LAYAKKAH ULAMA MENENTUKAN HUKUM?ya, mreka layak. apabila seseorng itu sudah menguasai plbagai ilmu agama dn bramal dgnnya, mka ia layak digelar ulama.skiranya ulama itu sudah smpai tahap ulama mujtahid, mka dia sdah lyak mngluarkan hukum dn mmbri ftwa brdsarkan ilmu yg ada pdanya brlandaskan al-quran dan hadis.

Syafaat Rasulullah S.A.W

LAYAKKAH KAMI BEROLEH SYAFAATMU Petikan daripada Majalah Solusi, Tulisan Us al-Muhaddis Umar Mohd Nor

Seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Auf bin Malik bercerita, suatu hari Nabi s.a.w. bersabda kepada kami, “Tahukah engkau apa yang telah ditawarkan Tuhanku malam tadi kepadaku?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah menawarkan kepadaku sama ada memasukkan sesetengah umatku ke dalam syurga, atau memberiku syafaat. Aku lalu memilih syafaat.” Kami lalu berkata, “Wahai Rasulullah, mintakanlah kepada Allah agar menjadikan kami termasuk dalam golongan ahli syafaatmu.” Baginda menjawab: “Syafaat ini untuk semua Muslim.” Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah ini sengaja saya pilih untuk membuka perbincangan kita tentang syafaat Rasulullah s.a.w., kerana isinya melahirkan kegembiraan di hati setiap orang yang membacanya. Makna Syafaat Secara bahasa, syafaat berasal daripada kata al-syaf’u, maknanya “genap” (lawannya ganjil). Syafaat dengan demikian mengandungi makna “menggenapkan” sesuatu, yakni membantu pihak lain melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan dirinya sendiri. Ibn al-Manzur dalam Lisan al-Arab berkata, “Syafaat ialah perkataan seseorang kepada raja untuk meminta hajat bagi orang lain.” Sewaktu kita berbicara pada Hari Pembalasan, maka yang menjadi Raja pada hari itu adalah Allah s.w.t. yang menampilkan diri-Nya sebagai penentu nasib setiap makhluk. Pada hari itu, “Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah melainkan dengan izin-Nya.” (Surah al-Baqarah 2: 255). Maka hanya hamba-hamba yang sangat dekat kepada Allah sahaja yang memperoleh kehormatan untuk membantu orang lain. Keyakinan dengan adanya syafaat ini merupakan aqidah yang menjadi pegangan Ahli Sunah waljamaah. Berkata al-Qadhi Iyad al-Maliki sebagaimana nukilan Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, “Berbagai athar (hadis) yang keseluruhannya mencapai darjat mutawatir menunjukkan adanya syafaat bagi orang yang berdosa di akhirat, dan ini menjadi perkara yang telah menjadi ijmak di kalangan ulama Ahli Sunah Waljamaah sejak generasi salaf dan khalaf hingga hari ini.” Al-Qadhi Iyad juga menjelaskan bahawa sekelompok manusia daripada puak Muktazilah dan Khawarij menolak adanya syafaat ini. Mereka berhujah dengan beberapa ayat al-Quran yang kesemuanya jika diperhatikan dengan teliti, berkaitan dengan orang kafir. Maka ayat ini tidak boleh dikenakan bagi orang beriman yang melakukan dosa lalu dimasukkan ke neraka. Hal ini kerana terdapat hadis-hadis Nabi yang mutawatir menjelaskan bahawa syafaat dapat menyelamatkan mereka dengan izin Allah s.w.t. Lagi pula, kalau kita renungi secara mendalam syafaat ini sebenarnya tidak lain merupakan salah satu perwujudan daripada sifat rahmat Allah s.w.t. kepada seluruh hamba-hamba-Nya. Rahmat ini diperlihatkan melalui hamba-hamba pilihan-Nya untuk menampilkan kelebihan mereka kepada semua manusia yang lain. Syafaat Terbesar Antara hamba-hamba pilihan itu ialah Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. satu-satunya hamba Allah yang memiliki al-Maqam al-Mahmud (Maqam yang Terpuji). Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku telah diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku, salah satunya aku diberikan syafaat.” Hadis ini tidak bermakna bahawa syafaat hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. sahaja, dan tidak dimiliki oleh nabi-nabi lain. Namun apa yang ingin kita bicarakan kali ini ialah tentang sebuah syafaat khas yang eksklusif dimiliki Rasul Akhir Zaman, iaitu apa yang dikenal dalam ilmu aqidah sebagai al-Syafaatul ‘Uzma (Syafaat Terbesar). Begitu luas dan besarnya syafaat ini, hingga ianya meliputi semua makhluk. Walaupun bukan berasal daripada umat Baginda, iaitu syafaat yang melepaskan semua ahli mahsyar yang telah penat kerana seksaan zahir dan batin sekian lama untuk menunggu proses hisab dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan sifat Baginda yang diutus Allah s.w.t. sebagai rahmat bagi sekalian alam, juga dengan syariat Baginda yang meliputi seluruh manusia. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., “pada hari kebangkitan, semua umat manusia berlutut, setiap umat akan mengikuti seorang nabi dan berkata kepadanya, “Wahai polan, tolonglah kami.” Nabi itu terus menolak, hingga mereka mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka pada saat itulah, Allah menempatkan Baginda di al-Maqam al-Mahmud (maqam yang Terpuji).” Abu Hurairah dan Anas bin Malik meriwayatkan hadis ini dengan lebih terperinci sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Ringkasnya, semua manusia pertama kali mendatangi Nabi Adam, lalu Nabi Ibrahim, lalu Nabi Musa hingga ke Nabi Isa a.s. Namun kesemua nabi-nabi ini tidak berani meminta kepada Allah s.w.t untuk memulai hisab. Semua manusia kemudiannya akan menemui Nabi Muhammad s.a.w. Baginda segera bersujud di bawah Arasy sambil memuji Allah dengan berbagai pujian yang Allah ilhamkan kepadanya. Beberapa lama kemudian, Allah berfirman kepada kekasihnya ini yang antaranya bermaksud: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu. Mintalah, maka engkau akan diberi. Dan berikanlah syafaat, maka syafaatmu akan diterima.” Pada saat itulah, Rasulullah meminta agar Allah memulai hisab untuk umatnya. Allah, Raja Hari Pembalasan segera mengabulkan permintaan tersebut. Syafaat untuk Ahli Neraka Demikianlah Syafaat Terbesar yang hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Namun selain syafaat ini, Baginda terus diizinkan untuk memberikan syafaat bagi menolong setiap umatnya yang memerlukan bantuan. Di dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, Baginda bersabda yang bermaksud: “Setiap Nabi memiliki doa yang pasti Allah kabulkan, dan aku menyimpan doa tersebut sebagai syafaat bagi umatku di akhirat nanti.” Syafaat ini diperlukan kerana Rasulullah s.a.w. memiliki bilangan umat yang paling ramai dibandingkan nabi-nabi yang lain, dan tidak semua orang daripada umat Baginda yang mencapai kesempurnaan amal. Ramai antara mereka yang terjatuh ke dalam lembah maksiat terutamanya kerana mengikuti dorongan hawa nafsu. Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku melihat apa yang dilakukan umatku setelahku, mereka menumpahkan darah saudara mereka sendiri. Aku berasa sedih melihat hal itu, namun itu telah menjadi ketentuan Allah sebagaimana yang terjadi pada umat-umat lainnya. Aku lalu meminta kepada Allah agar diizinkan memberi syafaat bagi mereka pada hari kiamat, Allah lalu mengizinkannya.” Baginda terus meminta kepada Allah untuk mengeluarkan setiap orang daripada umatnya yang berada di neraka sehingga tidak seorang pun yang tertinggal di tempat itu. Allah mengabulkan syafaat Rasulullah sebagai perwujudan janji-Nya yang maha benar, “Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga kamu menjadi puas.” (Surah al-Duha 93: 5) Al-Qadhi Iyadh menyebutkan beberapa bentuk syafaat yang Nabi s.a.w. berikan kepada umatnya. Antara lain, memasukkan sebahagian umatnya ke dalam syurga tanpa hisab, mengangkat darjat sebahagian yang lain, menyelamatkan mereka dari neraka bagi orang yang telah diputuskan masuk ke dalamnya, juga mengeluarkan sebahagian yang lain dari neraka setelah mereka memasukinya. Semua syafaat Rasulullah yang berbagai bentuk itu akan memberi manfaat kepada semua umat Baginda tanpa terkecuali. Umat Baginda ialah setiap orang yang pernah mengucapkan kalimat syahadat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. Dalam Sahih al-Bukhari, Abu Hurairah bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu?” Mendengar soalan itu Baginda menjawab, “Aku sudah mengagakkan bahawa engkau akan menjadi orang pertama yang bertanya tentang perkara ini, kerana kecintaanmu kepada hadis-hadisku. Sesungguhnya manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku pada hari kiamat nanti ialah orang yang pernah mengucapkan syahadat ‘tidak ada tuhan selain Allah’ dengan ikhlas daripada dasar hatinya.” Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik yang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Di manakah aku harus mencari tuan nanti untuk meminta syafaat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di titian sirat.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di titian sirat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di tempat penimbangan amal.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di sana?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Carilah aku di telaga, sesungguhnya aku pasti hadir di salah satu daripada ketiga-tiga tempat ini.” Jelas di sini, Rasulullah akan selalu hadir di tempat-tempat yang sangat memerlukan di sepanjang proses hisab. Wasilah Setelah mengetahui hakikat ini, selayaknya bagi setiap Muslim yang berasa diri banyak dosa, ia selalu mengharapkan bantuan dan syafaat Rasulullah s.a.w. Dan itu dapat diusahakan dengan memperbanyakkan amalan sunah yang menjadikan kita layak mendapatkan syafaat Baginda. Siapa yang selalu melanggar sunah, semakin jauh ia daripada syafaat Nabi di akhirat. Dalam Sahih Muslim menyebut hadis daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu mendengar seruan muazin, maka ucapkanlah seperti ucapannya, lalu kamu berselawat kepadaku. Maka sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah wasilah untukku, sesungguhnya demikian itu adalah sebuah tempat di syurga yang tidak patut didiami melainkan seseorang hamba Allah sahaja, dan aku berharap akulah orangnya. Barang siapa yang memintakan wasilah untukku, maka ia pasti mendapatkan syafaatku.”